Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Seramai 24 orang awam maut manakala 30 lagi parah dalam insiden serangan bom berdekatan perhimpunan pilihan raya dianjurkan Presiden, Ashraf Ghani di Charikar, wilayah Parwan dekat sini, hari ini.
Lapor Al Jazeera, Ashraf disahkan selamat tanpa sebarang kecederaan.
Setakat ini tiada pihak yang tampil mengaku bertanggungjawab melakukan serangan itu.
Ketua hospital wilayah, Abdul Qasim Sangin memberitahu kebanyakan mangsa adalah wanita dan kanak-kanak.- AGENSI
17 September 2019 - 17:51
News ID: 976352
Seramai 24 orang awam maut manakala 30 lagi parah dalam insiden serangan bom berdekatan perhimpunan pilihan raya dianjurkan Presiden, Ashraf Ghani di Charikar, wilayah Parwan dekat sini, hari ini.